Thursday, August 13, 2015

XPDC Langkawi KRJ Johor 1994

KISAH 4
YB tu merenung gambar-gambar remaja yang telah mengikuti program Kelab Remaja JIM - XPDC Remaja ke Langkawi. Beliau berhenti sejenak merenung gambar remaja bersembahyang jemaah di tepi pantai. “Mereka sembahyang berjemaah di tepi pantai?” Saya menganggukkan kepala. “Orang keliling tengok le ye?” Sekali lagi saya mengangguk. Saya menjelaskan, “Memang pada setiap program – sembahyang berjamaah kami tidak tinggalkan. Kerana antara masalah utama remaja kita pada masa sekarang berpunca dari kelalaian mereka mengerjakan ibadah solah”


Saya lantas menerangkan kepentingan solah dalam kehidupan kita. YB mengangguk anggukkan kepada. Saya telah berjaya menyampaikan mesej pada masa ia diperlukan. Teringat kisah Nabi Yusuf di dalam penjara. Nabi Yusuf berjaya menawan hati orang di penjara kerana akhlak beliau yang baik sehingga ada yang datang bertanya. Apabila mereka bertanya berkenaan dengan maksud mimpi beliau lantas menggunakan peluang itu untuk berdakwah.

Saya memang tak pandai berpolitik dan tidak pernah terlibat dengan parti politik. Inilah antara pengalaman pertama saya bertemu dengan orang politik. Tapi saya yakin – siapa jua yang kita jumpa – akhlak Islam mesti dipamirkan. Saya tidak datang bertemu dengan beliau seperti kebiasaan orang – bertemu dengan niat untuk mendapat sesuatu. Beliau pernah bertanya kepada saya, “Budget cukup?” Saya kata, “cukup insya Allah.” Tujuan saya bertemu dengan beliau ialah untuk memaklumkan aktiviti remaja pada beliau kerana beliau memegang potfolio remaja. Tetapi saya tetap menghormati beliau sebagai seorang YB kerana itu yang diajarkan oleh Rasulullah saw agar menghormati sesaorang sesuai dengan tahap hidupnya. Tetapi beliau tetap saya lihat sebagai seorang hamba Allah yang perlukan Pertolongan dari Nya.
PA nya pernah memberitahu saya, “Daripada kami beri budget pada orang lain – baik aku beri pada kamu.Ada orang dapat budget RM15,000 .... RM5,000 masuk kocek sendiri”
Perkara ini berlaku di awal tahun 1990an. Ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menteri besar. Dalam program Kelab Remaja JIM Johor kali ini, saya telah memilih 40 orang remaja yang aktif sepanjang tahun untuk menyertai 6 hari 5 malam XPDC ke Langkawi. Setiap peserta kami kenakan yuran RM50 sahaja. Selebihnya kami dapat tajaan dari pelbagai pihak. Kami telah membuat rakaman TV di Kuala Lumpur, menjadi anak angkat di Kampung Wang Tepus dan akhirnya perkhemahan di Pulau Langkawi. MB Johor telah menyumbang RM5,000 untuk program ini. Kami bersyukur mendapat sumbangan dari pelbagai pihak.
Gambar menunjukkan remaja bersembahyang di tepi pantai dan suasana perpisahan ... ramai yang menangis ...maklumlah setelah terjalinnya ukhuwwah di kalangan mereka. Alunan Nasyid Perpisahan oleh Brothers menambahkan lagi sayu di hati.

Kini saya terlibat dalam program Khidmat Masyarakat IKRAM pula Alhamdulillah. Moga Allah memberikan saya kekuatan dan keupayaan untuk terus menyumbang pada masyarakat sehingga akhir hayat saya
Di Wang Tepus

Peserta Wanita

Peserta Lelaki



No comments:

Post a Comment