KISAH 18
"Cikgu nak tahu apa terjadi semalam?" salah seorang ahli Kelab Remaja JIM Johor bersuara, Dia nampak "excited"
"Apa yang berlaku?" saya bertanya.
"Ada orang kata JIM sesat cikgu ... tapi kami defend JIM cikgu"
Saya terkejut. Mereka baru mengenali JIM ... entah apa dia defend, saya pun tak pasti.
"Kita kena saling hormat menghormati antara satu sama lain. Kita kena tengok kebaikan dalam setiap orang dan setiap kumpulan .... setiap orang dan kumpulan ada kelemahan dan ada kebaikannya." Itulah saranan saya pada setiap ahli baru dalam NGO IKRAM. Kami memang tidak mahukan orang ikut kita lantaran memandang rendah pada kumpulan lain. Kita tidak mahu menarik orang kepada kita dengan memburukkan kumpulan lain... itu bukan strategi kita. Malahan ada yang datang pada JIM setelah mendengar banyak perkara buruk berkenaan dengan JIM dan akhirnya terpikat untuk menyumbang dalam JIM setelah melihat apa yang ditohmahkan itu sebenarnya tidak betul.
Ditakdirkan Allah, saya telah dijemput untuk ke sekolah remaja tersebut. Di situ saya bertemu dengan beberapa orang guru dan salah seorang guru ni rasanya adalah orang yang telah menyesatkan JIM. Saya cuma mengagak tetapi tidak pasti pada peringkat awalnya. Semasa perbincangan dengan beberapa orang yang hadir saya memberi penghargaan kepada kumpulan guru tersebut. Saya beri kata-kata positif (yang saya tahu) berkenaan dengan kumpulan tersebut. Akhirnya, saya mengajak guru tu keluar sebentar nak bincangkan sesuatu.
Apabila saya berada di luar, saya memperkenalkan diri, "Saya Hishamuddin Alham dari JIM. .... cikgu dari kumpulan A kan?" Beliau terkejut dan tergamam. Akhirnya beliau meluahkan perasaan mengapa dia kata JIM tu sesat - banyaknya sebab sejarah yang lepas - tak ada sebab yang konkrit pun .... saya dengar dengan senyuman dan akhirnya saya bawa dia berfikir berkenaan dengan keadaan kemungkaran yang melata sekarang ini dan bagaimana semua gerakan Islam perlu berganding bahu membantu membenterasnya. Saya guna pendekatan emosi bukan pendekatan akal. Akhirnya guru tu mengeluarkan satu kata-kata, sehingga hari ini saya masih ingat sangat, "Elok juga JIM ni ye... saya lihat orang yang tak sembahyang pun nak ikut pergi ke program yang JIM anjurkan." Tatkala itu saya dah tahu beliau dah sampai ke ambang keinsafan. Semamangnya kita memastikan setiap program kita, menyeronokkan dan bermanafaat untuk dunia dan akhirat. Ada kalangan peserta remaja mengaku itulah pertama kali dia bersolat.
"Beginilah cikgu ... nanti pada program perkhemahan akan datang, saya jemput cikgu ok tak?" Saya mempelawa. Dia mengangguk kegembiraan.
Benar sungguh, saya datang semula ke sekolah tersebut untuk menjemput beliau menjadi salah seorang fasilitator dalam satu program perkhemahan JIM. Walaubagaimanapun beliau menolak atas alasan ada urusan lain pada waktu itu.
Alhamdulillah - pengalaman menangani kepelbagaian gerakan Islam sebegini amat mahal. Antara faktor yang amat susah sekali ialah apabila sesuatu gerakan Islam itu mengatakan Dia sahaja yang Betul dan orang lain semua salah dan sesat .... fikrah begini payah. Apatah lagi jika membawa hadis ada 73 pecahan .... hanya satu sahaja masuk syurga.... yang masuk syurga itu adalah kumpulan saya ... kalau fikrah ini dipegang amat bahaya. Walhal ada ulamak telah mentafsirkan yang 1 kumpulan itu adalah yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Moga coretan ini ada manafaatnya Insya Allah.
Untuk makluman sekarang ni JIM telah dibubarkan dan ramai ahlinya telah menyertai IKRAM termasuk saya.
No comments:
Post a Comment