Sunday, August 16, 2015

PENGAWAL KESELAMATAN

KISAH 33

Saya sedar, dia hanya bekerja sebagai seorang Pengawal Keselamatan di kilang tersebut. Badannya besar dan berbangsa India. Sepanjang kursus di sebelah pagi tu dia tidak banyak bercakap…. Tanda-tanda self-estim yang rendah. Bila saya tenung wajahnya, dia malu-malu dan tengok ke arah lain. Sesuatu mesti dilakukan.

Semasa “tea-break” saya sengaja mencari jalan untuk duduk di sebelahnya. Selaku motivator, saya tidak suka duduk di tempat khas yang disediakan. Saya lebih suka pilih dengan peserta mana saya nak duduk. Dia terkejut saya duduk di sebelahnya. Saya mula bertanyakan mengenai keluarganya…. berapa anaknya, umur anaknya dan sedikit sebanyak berkenaan dengan kerjanya.

Dia cukup gembira ada orang nak ambil tahu berkenaan dengan keluarganya. Seperti biasa, saya akan beri penuh perhatian kepada apa yang dikatakan dan menggunakan teknik “paraphrasing” …. Contoh …”Oh anak ke sulung tingkatan 3 !!” …. “Sudah 10 tahun kerja di sini” dan menjaga “body-language” saya dan memastikan saya tidak langsung tengok jam di tangan, kerana itu membawa implikasi …. “anda ni membuang masa saya aje” …..

Masya Allah, usaha saya membawa hasil. Selepas “tea-break” dia begitu aktif menjawab soalan, mengangkat tangan dan sentiasa ceria. Ini merupakan salah satu kumpulan pekerja yang menjalani kursus satu hari Self-Estim. Alhamdulillah terdapat 30 orang pada sesuatu kursus dan saya berjaya melaksanakan 10 kali kursus berjumlah 300 orang pekerja. Contoh permasalahan di atas memang banyak terdapat pada pekerja bawahan di mana-mana pun kilang yang saya pergi.

Moga usaha kerdil ini ada sahamnya di akhirat kelak. Walaupun kursus ini dijalankan untuk pekerja berbilang bangsa dan kaum, tetapi saya dengan jelas menyatakan asas kursus saya ialah Islam dan mereka boleh menerimanya. Of course tak lah sama jika semua peserta orang Islam. Berbekalkan banyak klip video, lakunan, role-play, permainan dan ceramah, satu hari di rasakan macam 2 jam, Alhamdulillah.

Gambar di bawah ialah gambar hiasan



No comments:

Post a Comment