Program Hi-Tea anjuran JIM Negeri Johor akan bermula tidak lama
lagi. Program ini akan dirasmikan oleh MB Johor dan bertujuan untuk mengutip
derma Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah. Jam menunjukkan 11.00 pagi.
KRJ JIM Johor telah diamanahkan untuk membuat MULTI-MEDIA presentation bagi
menerangkan berkenaan dengan Islam, JIM dan sekolah. Kumpulan Nahwan Nur masih
berlatih di depan.
Tiba-tiba kami mendapati "projector" untuk tayangan Multi-Media tidak boleh digunakan, padahal beberapa minit sebelum ini ianya telah didapati OK. Badan mula seram sejuk. "Spare" nya tidak dibawa. Tiga hari dua malam telah dikorbankan bagi menyiapkan Multi-Media tersebut. Tiba-tiba tergerak di hati... "Mungkin ada hikmah perkara ini boleh terjadi. Kita telah usaha dan bertawakkal." Alhamdulillah perasaan itu telah dapat menenangkan jiwa yang sedang panik ini. Dengan tenang kami pun duduk berfikir sejenak...
Tanpa diduga muncul juruteknik yang dibawa bersama ke program
tersebut. Beliau dengan tenang memeriksa alat tersebut. "Mungkin mentolnya sahaja yang terbakar... OKlah saya akan cuba carinya di makmal insya Allah ... tapi saya
perlukan kunci motor." Kami lihat jam di dinding. Jam menunjukkan 11.30
pagi. Program akan bermula jam 12.00 tengahari. Dalam hati tergerak, "Kita
kena usaha dulu dan bertawakkal kepada Allah".
Juruteknik tadi pergilah untuk mendapatkan mentol tersebut. Tiba-tiba dengar pengumuman, "Minta perhatian. MB akan tiba
lambat sikit... dijangka jam 1.00 tengahari." Kami tersenyum gembira.
Allah Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Pendekkan cerita, juruteknik tersebut
datang membawa mentol berkenaan dan program dapat dijalankan... masya Allah di
luar dugaan. Kami dapat mengutip RM23,000.00 untuk program tersebut.
Pengajaran:
(a) Kita sentiasa dalam keadaan resah. Alangkah indahnya jika
setiap apa yang terjadi pada kita setelah berusaha... kita katakan
"Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi" Jika tidak kita akan
mengeluh kesah dan mungkin akan marah tidak tentu pasal... maka akan hilanglah
harga diri kita nanti.
(b) Kesabaran hendaklah diamalkan dalam setiap keadaan. Tidak guna
marah-marah dan kemudian bersabar... Bersabarlah dalam apa jua keadaan.
(c) Kita usaha dan ganjarannya dari Allah. Kalau ditakdirkan
Multi-Media presentation tak dapat dijalankan... kita seharusnya menerima
sahaja hakikat tersebut jika telah berusaha habis-habisan. Dan berdoa agar
Allah menerima segala apa yang kita usahakan. Ganjaran hanya dari Allah bukan
dari manusia.
No comments:
Post a Comment