KISAH 8
Semasa berada di Kanada, seorang sahabat di England menghantar mesej kepada kami bahawa seorang wanita melayu di US sudah mula masuk gereja. Kali ini saya menugaskan isteri saya untuk menelefon beliau di US. Ditakdirkan Allah, isteri saya dapat menelefon beliau.
Saya di dalam bilik berasingan, bermunajat kepada Allah, agar Allah beri isteri saya kekuatan untuk bercakap dengan beliau. Ini merupakan pengalaman pertama kami. Tetapi kami selalu mengamalkan sikap - Redah dan Tawakal apabila keadaan mendesak. Kita tidak perlu tunggu diri kita ini sempurna baru nak lakukan dakwah. Yang penting, kita kena belajar beberapa perkara asas berkenaan dengan Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan. Ilmu ini kena terus menerus dituntut. Apabila kita sampaikan, kita akan merasa desakan untuk terus menerus meningkatkan ilmu pengetahuan.
Seperti juga dengan mana-mana situasi apabila berdepan dengan orang yang seperti ini, kami mengamalkan suspend judgement. Jangan layan beliau seperti seorang yang berdosa. Tangguhkan semua hukuman dan fokus pada beliau sebagai seorang manusia yang berpotensi untuk berubah. Setelah memperkenalkan diri, isteri saya berbual biasa dengan beliau. Wanita itu menceritakan kisahnya di US dan akhirnya bercerita berkenaan dengan gereja. Isteri saya bertanya mengapa pergi ke gereja. Wanita itu berkata dia merasa tenang apabila berada di gereja. Apabila ke masjid, dia tak faham apa yang diperkatakan. Apabila berada di gereja, dia faham isi kandungan ceramah yang disampaikan. Lagipun rakan-rakan kristian beliau amat rajin membantu. Rakan islam langsung tak menghiraukan beliau malah sibuk dengan pergi night club dan seumpamanya.
Tanpa menunjukkan rasa terperanjat, isteri saya terus melayan beliau seolah-olah tak ada apa yang berlaku. Ini bagi membolehkan wanita itu bercerita dengan lebih banyak dan selesa. Di akhirnya, isteri saya bercakap sedikit berkenaan dengan Islam dan tuntutannya .... tak banyak sikit sahaja yang diberitahunya. Antara nekad wanita itu, dia tidak akan balik ke Malaysia dan ingin terus tinggal di US.
Kemudian sessi-sessi berikutnya, isteri saya menceritakan berkenaan dengan Allah dan Islam .... makna kata, dakwah ini tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa. Pendekkan cerita, akhirnya kami mendapat tahu beliau telah kembali ke pangkal jalan dan semasa kami di Malaysia mendapat tahu beliau sudah bertugas di UPM. Tapi malangnya, beliau telah berpindah dan kami telah putus hubungan. Ingin sangat kami sekeluarga untuk bertemu dengan beliau bagi mengimbau kisah lampau. Moga Allah swt menerima amalan kami ini dan moga wanita itu menemui Kehidupan yang Bahagia di sisiNya.
No comments:
Post a Comment