Thursday, August 13, 2015

Pengalaman Ceramah Al Quran dan Sains

KISAH 10
Ceramah pada mangsa banjir bukan satu tugas yang mudah. Maklumlah semua orang ada masalah mereka sendiri. Terutama bila nak berceramah pada kanak-kanak. Alhamdulillah menggunakan teknik multimedia - ceramah di selang seli dengan gambar dan klip video, dapat menarik perhatian para penonton. Dalam dakwah, kita perlu tarik perhatian orang dahulu barulah mesej dapat disampaikan.
Teringat satu ketika dahulu apabila saya dijemput untuk berceramah di padang pada Pesta Konvo UKM. Pada ketika itu orang sibuk pergi shopping. Semasa kami tiba di padang membawa ECONOVAN, orang yang menjaga pintu masuk berkata, "Encik .... van berniaga tak boleh masuk di sini"
"Saya bukan nak berniaga ... saya nak sampaikan ceramah" mentang-mentang pakai VAN yang lusuh !!
Semasa hendak mulakan ceramah rasa macam tidak ada orang yang akan tengok. Masya Allah, setelah ditayangkan beberapa klip video dan gambar - ramai orang mengelilingi skrin dan akhirnya ceramah Al Quran dan Sains berjaya diadakan. Bantuan sistem PA yang canggih amat membantu sekali bagi menarik perhatian. Tatkala itu pegawai IKIM ada bersama.
Akhirnya saya telah dilamar untuk berceramah di dewan IKIM bertajuk Komunikasi Berkesan. Saya sebenarnya tidak ada lagi bahan tersebut. Tapi angguk aje... INSYA ALLAH. Maka bertungkus lumus membaca dan membuat kaji selidik bagi menyediakan bahan. Kata orang berbaloi. Kerana lepas dari itu modul Komunikasi Berkesan telah berjaya dilahirkan bagi kursus setengah hari dan satu hari. Rupanya bila kita belajar untuk menyampaikan, ilmu tu mudah digarap. Apatah lagi jika kita cuba mengamalkannya dalam kehidupan, tips yang kita sampaikan pada orang lain.

No comments:

Post a Comment