Thursday, August 13, 2015

Jamban Pusing

KISAH 7
"Cikgu nanti dulu cikgu .... kami sedang mandi !!!" inilah hakikat Jamban Pusing ... sebenarnya sudah tidak wujud dalam tahun 1994 ... namun satu rumah ni pelik sikit... masih ada lagi. Ianya bilik air yang dilindungi oleh sebatang pokok besar. Jika orang lalu di sebelah selatan, mereka akan berpusing ke sebelah utara dan seterusnya.
Ini merupakan siri lawatan kami ke rumah warga miskin ketika itu. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memanggil kami selaku NGO JIM ketika itu untuk melakukan siri kursus Motivasi untuk anak-anak warga miskin di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, khususnya dari kawasan Gelang Patah. 4 modul telah dirangka dan dijalankan. Di antara modul itu, kami telah membuat lawatan untuk melihat kehidupan mereka secara dekat.
Rumah ini amat unik. Saya pernah sampai pada satu malam dan amat terkejut. Anaknya (peserta kami) membuka pintu dengan ditemani oleh lampu karbait .... walhal orang di sekeliling sudah masuk letrik. Maka saya buat panggilan derma kilat di kalangan rakan-rakan dan masukkan letrik untuk rumah ini - tak mahal mana pun hanya RM400. Alhamdulilah berjaya.
Dalam siri lawatan kali ini, kami amat sedih melihat keadaan tandas mereka maka saya membuat kempen di kalangan pelajar UTM di dalam kelas saya untuk sama-sama membuat bilik air yang "simple" untuk mereka. Alhamdulilah berjaya. Rupanya apa yang kami buat mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat dan orang-orang kampung tanpa pengetahuan kami. Masa tu bukan ada FB atau Internet seperti sekarang. Berita dari mulut ke mulut
Teringat pada satu ketika, saya bertandang dan makan tengahari di rumah beliau. Semasa masuk waktu sembahyang zuhur, saya sarankan kita bersembahyang jemaah bersama anak dan keluarganya. Saya jeling lihat si bapa duduk sahaja tidak berganjak. Dalam hati berkata - tak apa - mungkin dia tak larat (umurnya sudah hampir 80 tahun agaknya)...mungkin dia sembahyang kemudian. Selesai sembahyang, si ayah ni tadi mendekati saya dan mengeluarkan kata-kata, sehingga hari ini saya masih ingat lagi, "cikgu ... doakan agar saya dapat sembahyang 5x sehari" rupanya dia jarang atau mungkin tak pernah sembahyang. Saya berdoa dalam hati kecil agar Allah memberi petunjuk pada beliau.
Pendekkan cerita - hasil dari usaha kami di satu rumah, akhirnya, kami mendapat lamaran untuk membuat khidmat masyarakat bermalam di Kampung Tanjung Adang dan yang berdekatan. 4 bas sarat dengan para pelajar UTM dan ahli JIM memenuhi kampung tersebut. Masa tu musim buah ...bayangkan betapa manisnya kenangan yang kami lalui. Moga Allah menerima segala usaha kami yang tidak seberapa nya ini. Di bawah ini adalah gambar hiasan. Maklumlah masa tu mana ada Digital camera

No comments:

Post a Comment