Thursday, August 13, 2015

Remaja Melayu di Kanada

KISAH 6
Saya lihat di satu sudut sana seorang remaja lelaki duduk bersendirian .... tak ada kawan. Rambutnya perang, telinga bertindik. Orang melayu tetapi telah dilahirkan di Kanada 17 tahun yang lepas. Kata orang dah macam "mat saleh". Cakap melayu tidak berapa pandai ...."sikit sikit"
Saya mendekati remaja tersebut. Peristiwa berlaku dalam tahun 1995... setelah berkecimpung dengan aktiviti remaja di Malaysia sekian lama dan membaca buku berkenaan dengan komunikasi dan remaja .....niat saya - nak terjemahkan teori pada praktikal.
"Assalamalaikum ... may I sit here" saya memulakan perbicaraan.
"Ok, why not." dia mengukirkan senyuman. Dia gembira kerana ada juga orang nak menegurnya.
Saya mula bertanyakan nama dan di mana dia tinggal. Fokus saya ialah kepada dia. Saya bertanya apa yang dia minat dan akhirnya dapat satu jalan masuk. Dia berminat dengan multimedia. Saya tanya dia berkenaan dengan satu perisian ASTOUND. Dia kata dia tak pandai dan ingin belajar. Saya "volunteer" nak ke rumahnya untuk mengajarnya perisian tersebut. Dia cukup gembira.
Bila saya kembali ke rakan-rakan yang lain mereka bertanya, "Engko sembang apa dengan dia. Sembang sakan nampaknya"
Saya menjawab, "Adalah"
Ada beberapa teknik yang saya gunakan, antaranya -
1- Suspend Judgement .... kita tangguhkan hukuman ke atas orang yang kita berkomunikasi. Jgn awal awal sudah cop ...dia ni ahli neraka .. ini ahli syurga .. ini penzina .... dan seterusnya. Jika kita berpegang pada prinsip ini kita akan mudah berbicara tidak kira dengan siapa. Hati kita akan mudah terdetik untuk mendoakan kesejahteraan pada si Jahil atau orang yang berbuat dosa.
2. Fokus pada apa yang orang tu minat bukan apa yang kita minat.
3. Ringan tulang dan bersedia untuk membantu jika bantuan diperlukan
4. Jaga body language. Tunjukkan anda berminat dengan orang tersebut... berminat dengan ceritanya .... berminat dengan apa yang dibicarakannya. Bukan sekadar luaran tetapi memang betul-betul minat. Kalau pura-pura minat - tidak akan bertahan.
Pendekkan cerita, saya bertandang ke rumahnya mengajarnya perisian ASTOUND, satu perisian seperti Powerpoint. Keesokan harinya apabila saya pergi ke rumahnya, dia begitu excited - "You want to see what I did?"
Sungguh menarik hasilnya. Tak sangka dia begitu cepat belajar. Asalnya dia memang tidak suka bergaul dengan orang melayu dan orang melayu tidak ingin bergaul dengan beliau. Pendekkan cerita, bila saya balik ke Malaysia dan kemudian datang semua ke Kanada beberapa bulan kemudian saya terkejut. Dia sudah bekerja dalam bidang multimedia dan kini menetap bersama rakan-rakan melayu yang lain. Masya Allah..... Moga Allah memberi petunjuk pada beliau.

No comments:

Post a Comment