KISAH 11
Doa merupakan satu amalan yang amat baik diamalkan. Dalam setiap program yang dianjurkan sering diingatkan agar
• Setiap AJK mempunyai hubungan yang akrab dan jangan ada apa-apa perselisihan terutama di depan peserta
• Setiap AJK digalakkan sembahyang hajat agar program yang dilaksanakan diberkati Allah. Kita berusaha dan jangan bergantung kepada usaha kita tetapi bergantunglah kepada Allah.
• Dalam setiap ceramah, semua AJK dikehendaki mendoakan agar penceramah ikhlas, isi difahami oleh peserta, Allah memberkati Majlis .. setiap AJK hendaklah mendoakan dalam hati masing-masing.

Pernah pada perkhemahan pertama di mana seorang DJ Radio 3 Johor Bahru telah dijemput hadir untuk buat rakaman. Masya Allah lebih dari 100 orang telah menghadiri program tersebut. Kami mula-mula sangsi... buat dalam bulan November..musim Hujan. Kami kata kita sembahyang hajat... anda semua tahu, kami dapati selepas balik ... keliling kelalang hujan lebat... tempat kami .. masya Allah kering kontang ... sehingga jam 12.02pm .. hujan turun dengan lebatnya...mungkin tak minta extension dari Allah kot !!
Masya Allah, tiap-tiap hari dapat liputan dari Radio 3 live di Radio ... sampai dah balik pun DJ tersebut tak habis-habis cerita berkenaan dengan Perkhemahan tersebut. Mana taknya .. program Perkhemahan ini mungkin lain dari yang lain (pada ketika itu) ada Nasyid tepi laut selepas tazkirah subuh, ada games, ada sembahyang tepi laut. Pada ketika itu keahlian Kelab Remaja JIM menjangkau angka 800 orang.. mungkin lebih. Sebenarnya kami benar-benar yakin bahawa doa orang yang beramal ini diterima Allah kerana banyak perkara seumpama ini telah berlaku .... sering kita merancang detail sungguh .... jarang kita berdoa dan bersembahyang hajat memohon dari Allah sebanyak mungkin .... agar diberkati Allah segala perancangan kita.
No comments:
Post a Comment