KISAH 5
Lain macam budak ni. Suka menyakat dan mengganggu peserta lain. Maka saya mendapat satu ide ... selain panduan dari Rasulullah saw, ide yang datang dari filem-filem motivasi yang saya pernah tengok.
"Mat, mari sat..." saya memanggil beliau. "Ye cikgu"
"Cikgu nak lantik Mat (bukan nama sebenar) untuk pastikan peserta semua berdisiplin terutama semasa nak solat berjemaah"
Mukanya menjadi cerah, "baik cikgu ... saya akan lakukan"
Maka apabila tiba waktu sembahyang saya lihat dia sibuk mejerit-jerit, "cepat ...cepat ...jangan lambat .... ni waktu sembahyang dah dekat" Dia rasa dirinya dihargai. Begitu cekap saya lihat dia jalankan tanggung jawabnya. Rupanya ada lebih kurang 10 orang yang begitu dalam program Perkhemahan kali ini, tapi Mat ni nampaknya adalah "boss" nya.
Pada waktu malam, saya berpakat dengan ustaz dan beberapa orang fasi nak buat satu kejutan. Majoriti mereka akan tinggal di tapak perkhemahan untuk mengikuti kuliah, melainkan 10 orang yang terpilih.
"Cikgu nak buat latihan special utk yang terpilih. Adik-adik semua akan bermain hud hud di dalam hutan ...." Mereka teruja nak ikuti program special ini. Mereka tak dapat gambarkan apa dia program hud hud
Dalam gelap gelita mereka kena berjalan seorang demi seorang dengan di bantu oleh bunyi hud hud. Sampai di check point ada ustaz akan beri sedikit tazkirah. Program berjalan lancar. Peserta lain lega menjalankan aktiviti ceramah manakala mereka yang 10 orang ni menjalankan aktiviti ala komando.
Keesokan harinya, saya kumpulkan mereka semua berjalan di belakang bersama-sama dengan saya. Peserta lain berjalan di hadapan "Mari semua para komando berjalan dengan cikgu di belakang" Kami buat "jungle tracking". Mereka dilayan seperti komando. Setelah beberapa ketika, si Mat ni mula buka cerita, "Saya ni cikgu ... dah gagal dalam kehidupan saya ...entah berapa kali saya tak tahu" Dia mula open-up ....masya Allah - kami rasa begitu rapat dan mesra. Macam macam diluahkan pada saya. Maka dalam perbualan itu sempat juga saya menyampaikan mesej motivasi dan keimanan kepada beliau.
Pengajaran dari kisah ini. Jangan mudah memandang rendah pada sesaorang - terutama para remaja. Biasanya orang yang nakal ini mempunyai self estim yang rendah. Mereka merasakan mereka tidak berguna ... maka raikan kehebatan yang ada pada mereka. Kadangkala orang yang sebegini mempunyai kemampuan kepimpinan yang amat tinggi. Mereka lebih berani, lebih terbuka dan lebih tawakalnya.
Dakwah itu akan berjalan bila mad'u kita sudah bersedia untuk mendengar. Jangan "paksa" dakwah kita dalam keadaan mereka tidak mahu mendengar. Maka wujudkan suasana di mana mereka memerlukan kita dan ingin mendengar dari kita. Ambil kisah iktibar dari Nabi Yusuf di dalam penjara.
No comments:
Post a Comment