Sunday, August 16, 2015

Berusaha .... Allah akan Membantu

KISAH 35

Program Charity Dinner bagi mengutip derma untuk Sek Men Islam Hidayah (SMIH) sudah dekat. JIM Johor Bahru telah bekerjasama dengan SMIH untuk melaksanakan program ini. Perasmi program belum memberi jawapan lagi. Menteri Besar Johor telah diminta untuk merasmikan program ini.

"Dah ada orang follow-up?" saya bertanya.

"Surat dah pos ... tapi mereka belum beri feedback lagi"

"Mengapa tak pergi aje ke pejabat MB untuk bertanyakan terus." saya memberi cadangan. Pendekkan cerita saya merelakan diri untuk ke pejabat MB (ketika itu YB Ghani Othman). Saya belum pernah berjumpa MB Johor lagi sebelum ini. Tapi dalam hati terdetik - Insya Allah, kerja-kerja baik ni Allah akan tolong.

Berbekalkan keyakinan bahawa Allah swt akan permudahkan semua urusan, saya terus melangkah pergi pejabat MB. Ditakdirkan, bila saya melangkah masuk bangunan tersebut, MB baru nak keluar dan saya terus memperkenalkan diri dan bertanyakan mengenai program Charity Dinner.

Dia sudah maklumkan akan perkara tersebut dan minta jumpa dengan PA beliau. Saya terus ke meja PA dan berkata, saya baru jumpa dengan MB di luar tadi dan MB minta jumpa PA. PAnya angguk dan akhirnya program Charity Dinner berjalan dengan kehadiran MB Johor, Alhamdulillah.

Kita berjaya mengutip RM23,000 pada hari tersebut, berkat dari kerjasama dari semua pihak Alhamdulillah. Saya mendapat satu pengajaran besar sepanjang menggerakkan program tersebut. Kita berusaha dan bermujahadah untuk melaksanakan sesuatu program dan sematkan keyakinan Allah akan tolong kita. Saya teringat ayat 69 dari surah Al Ankabut:

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya

Gambar Qhalid, ketua kumpulan Nahwan Nur yang telah menyerikan program kita pada waktu itu. Pada waktu itu, beliau masih belajar di UPM. Kini menjadi ketua kumpulan SaffOne.

No comments:

Post a Comment