Thursday, August 13, 2015

Begin With The End in Mind

KISAH 15
"Begin With the End in Mind" .... masya Allah satu konsep yang amat praktikal bila cuba untuk melaksanakan satu-satu program. Pernah satu ketika kami nak buat satu program yang agak besar di Dewan Jubli Intan ... sasaran 500 orang. Programnya adalah percuma dan dijemput pelajar dari sekolah sekitar Johor Bahru. Tajuk program "Impian Kasih, antara Fantasi dan Realiti"
Bila saya buka mulut pada seorang hamba Allah ni untuk minta sumbangan, dia kata, "bulan ni tak dapat bonus lagi, kalau nak RM4,000 ok lah"
Saya kata OK lah tu.
Maka kita fikirkan bagaimana program ini dikatakan berjaya:
1- Pendaftaran berjalan dengan licin dan on time
2- Murid datang berbondong-bondong dengan bas dari sekolah terpilih
3- Makan disediakan secara pack-lunch ... tidak boleh ada break
4- Programnya unik - ada nasyid, ceramah dan lakunan
5- Penceramanya power - kita jemput Dr. Harlina Hj Siraj
6- Permulaan program unik
7- Peserta tidak berganjak utk selama 4 jam.
dan sebagainya.
Hatta, bagaimana program bermula pun kita rancang. Kita jemput SaffOne sebagai artis undangan bagi menarik minat para remaja.
Ringkaskan cerita - masya Allah dewan dipenuhi lebih dari 800 orang peserta. Berbondong-bondong datang dengan bas sekolah. Pendaftaran berjalan lancar. Lampu tiba-tiba dipadamkan dan bunyi suara Khalid (ketua kumpulan SaffOne) mendayukan selawat diikuti dengan persembahan nasyid. Kita tak buat macam biasa orang buat - ada perasmian dan ucapan. Setelah nasyid kita adakan short lakunan yang mempersembahkan objektif program. Tak sempat penonton nak rasa boring diselang selikan dengan nasyid .... pertunjukan multimedia dan ceramah power dari Dr Harlina Halizah Siraj. SaffOne menutup tirai dengan quiz dan hadiah. Masya Allah - apa yang kita bayangkan berlaku dengan sedikit "hick-up" apabila lampu tiba-tiba blackout tanpa kita rancang... tapi sekejap dan penonton ingat ia sebahagian dari perancangan Alhamdulillah.
Berkat dari perancangan yang rapi kami memohon doa dari Allah agar segala-galanya berjalan lancar. Apabila berjaya - kita panjatkan kesyukuran kepada Allah. Perancangan itu hanyalah usaha dari pihak kita. Yang menentukannya ialah Allah swt. Semenjak itu, kami sering mengaplikasikan "Begin With the End in Mind" pada setiap program yang kita rancangkan. Untuk makluman - kami sedari bahawa biasanya orang perempuan amat terperinci dari segi perancangan maka oleh itu kami sentiasa menggabungkan kekuatan wanita dan lelaki bagi menghasilkan sesuatu program yang mantap Alhamdulillah. Moga Allah menerima segala sumbangan kami ke arah Memartabatkan AgamaNya di muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment