KISAH 17
"Assalamualaikum"
"Wa alaikum ussalam... mak... ada orang datang."
Minah (bukan nama sebenar) menjenguk keluar. "Mak. cikgu datang" nampak jelas kegembiraan di wajah mereka. "Cikgu dan keluarga datang mak".
Sebentar kemudian pintu depan dipenuhi dengan Minah dan keluarganya. Maklumlah tak pernah orang-orang besar (kami ni dianggap orang besar - walaupun kami sentiasa menganggap diri ini orang biasa sahaja) datang ke rumah mereka. "Naik cikgu... naik... naiklah ke teratak buruk kami ni." Minah merupakan salah seorang peserta kursus Motivasi yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama JIM.
Mereka amat gembira sekali... sayu rasa hati ini. Tak sangka ziarah kami yang sebegini, dihargai oleh orang seperti mereka. Banyaklah cerita yang diperolehi dari mereka... emak dan ayahnya tidak berapa sihat...
Itu dulu... tapi semasa kami di Kanada... terdengar berita yang menyedihkan... emaknya meninggal dunia... alangkah sedihnya hati ini. Terngiang-ngiang di telinga... "Cikgu jangan lupa datang ke rumah kami sebelum ke Kanada ya... nanti kami boleh masak sedap-sedap."
"Insya Allah," saya menjawab... "kalau kesempatan"
Terkilan rasanya tidak menziarahi beliau sebelum ke Kanada kerana terlalu sibuk. Hanya yang dapat dilakukan ialah menalipon Minah dari Kanada sebagai ganti diri ini.
Bergaul dengan orang-orang kurang berada memerlukan kita mengambil kira perkara-perkara berikut:
(a) Ra'ikan cerita mereka. Selalu menaruh minat kepada apa yang hendak mereka sampaikan. Jangan suka mencerita akan kehebatan diri sendiri. Lainlah jika mereka bertanya... macamana belajar di luar negeri tu nak... kalau di tanya barulah jawab... itupun berpada-pada.
(b) Akui apa yang hebat dalam diri mereka. Mereka punya kelebihan yang mungkin tidak ada pada kita. Contohnya mereka mungkin pandai buat belacan... tanya mereka bagaimana belacan diproses. Minatkan diri untuk meneliti cerita mereka.
(c) Jangan segan tak kena tempat. Orang seperti mereka suka, jika kita lapar kata lapar... jika kita nak air, kata nak air... jangan dalam hati kata nak... di luar kata tak payah. Pernah saya bertanya... pak cik ada kelapa muda... akhirnya saya pun pergi ke belakang rumah panjat sendiri... gembira sungguh mereka. Jangan menyombongkan diri... ehem ... petua ini untuk dikampong. Di bandar jangan buat seperti ini... mungkin buruk padahnya.
(d) Terima apa sahaja yang diberi oleh mereka... dengan penuh gembira.
(e) Akhir sekali... jangan berpura-pura. Jika kita ada sifat sombong dalam hati lama kelamaan ia akan timbul. Oleh itu latihkan diri untuk membuang sifat itu dari diri agar senyum kita adalah senyum sejati... agar pujian kita adalah pujian yang datang dari isi hati.
Wallahu alam.
Gambar di bawah ini adalah sekadar gambar hiasan sahaja. Di awal 90'an dulu susah nak ada gambar secantik ini.
No comments:
Post a Comment