Thursday, August 13, 2015

Pengalaman Pertama Menggerakkan Kursus Motivasi

KISAH 12
Kami tidak ada pengalaman menjalankan kursus motivasi pada satu ketika dulu (awal 90'an). Antara strategi awal kita pada satu ketika dulu ialah menjalankan kursus motivasi di kawasan kampung .... kita telah mulakan dengan SMK Tanjung Adang Gelang Patah.
"Kat sini, letrik selalu terputus" kata cikgu di situ.
"Tak ape ...kami bawa generator boleh alih (portable generator)"
Memang sungguh ... sedang kami berprogram .... tiba-tiba letrik terputus. Dalam hati berkata, "Alhamdulillah bawa generator". Malangnya bunyi generator tu amat kuat sekali ... tenggelam suara penceramah. Alhamdulillah ianya hanya sementara sahaja apabila letrik tiba-tiba disambungkan semula beberapa minit kemudian.
Keyakinan kami makin bertambah sehingga akhirnya SM Tun Fatimah pun ada menjemput kami melakukan kursus motivasi di sekolah mereka.
Pengalaman kami paling mencabar ialah menjalankan kursus motivasi di satu sekolah di sekitar Skudai (tak mahu sebut sekolah mana). Cikgu di sekolahnya berkata, "Masalah di sekolah sini biasa aje ... ada gangster .. buli ..baru baru ini kelas dibakar oleh pelajar yang telah dibuang sekolah."
Bilangan murid lebih dari 700 orang.... ramai bukan melayu. Saya teringat pada satu ketika suasana agak bising ketika sessi ceramah sedang berjalan. Saya perhatikan seorang guru sekolah tersebut datang membawa rotan sambil melibasnya. Di satu sudut saya ternampak ada seorang budak bukan melayu yang agak besar badannya ...rasanya macam ketua di situ. Saya menuju pada beliau lantas menghulurkan tangan bersalaman dengan beliau. Dia terkejut dan terus senyap. Masya Allah - lebih berkesan dari rotan.
Pendekkan cerita - kami buat follow-up program untuk beberapa orang pelajar terpilih... bukan yang pandai mahupun yang teruk sangat ... tetapi yang average. Masya Allah, keputusan pada tahun itu meningkat. Dan kami mendapat lamaran untuk adakan sekali lagi kursus motivasi untuk tahun berikutnya. Kami menolak dengan penuh hormat.

No comments:

Post a Comment