KISAH 2
Tidak kuduga .... banjir telah merapatkan hubungan kami (ketika itu terlibat dalam NGO JIM) dengan penduduk Kampung Sepakat, Johor. Entah berapa kali ungkapan hikmah ini diucapkan .... walaupun setelah bertahun tahun lamanya selepas dari insiden 2006 satu ketika dulu. Kalaulah kumpulan Budis dan Kristian dengan mudah datang membantu - mereka tidak mengira bangsa, agama atau kaum .... apatah lagi kita dari NGO Islam. Kami membantu siapa sahaja yang memerlukan.... tidak kira dari bangsa dan agama apa dan tidak kira dari penyokong parti mana sekalipun. Islam mengajarku untuk berkhidmat demi mencari redha Allah swt.
Masih teringat satu ungkapan yang ku baca satu ketika dulu tatkala memberi kursus motivasi di sekolah, kilang dan pejabat - di mana setelah dibuat kajian - antara ciri yang serupa di kalangan semua orang yang berjaya di dunia ini ialah mereka menghayati sifat "Good Finders" - melihat kebaikan dalam setiap orang. Tetapi sering manusia suka melihat kelemahan dalam diri orang lain. Jika ini berlaku hubungan hati amat payah dicapai.
Berbekalkan prinsip ini, aku selalu mencari-cari kehebatan dalam diri setiap orang yang aku interaksi. Masya Allah - kesannya amat mendalam. Aku tidak menjadikan Parti Politik sebagai halangan untuk aku berinteraksi dengan mereka.
"Dulu kami ingat Doktor ni dari Parti Pembangkang ...rupanya tidak. Dr lebih pentingkan kebajikan orang ramai ... lama juga kami memerhatikan gerak geri doktor." Aku teringat dalam prinsip dakwah - biarlah mereka kenal akhlak kita dahulu sebelum dari mana kita datang. Kerana kita tidak mahu membina "mental block" sebelum kita dapat menyampaikan mesej.
Sedar tidak sedar kami telah gerakkan lebih 26 program dalam jangka masa 2 atau 3 tahun, Alhamdulillah. Ini semua kerana Kampung Sepakat telah menghayati nama sebenarnya ...Kampung yang hidup sepakat. Katanya mereka sedemikian selepas peristiwa banjir. Bayangkan apabila seorang selibriti yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya ke Kutub Utara (Sharifah Mazlina) datang bertandang ke Kampung Sepakat .... orang kampung menyediakan lebih kurang 40 jenis lauk ... at almost zero cost.
"Lauk pauk ini datang dari 40 keluarga Dr. .... kami tak perlu keluar belanja"
Sungguh manis kenangan bersama mereka - pertandingan badminton, ceramah motivasi, program Star Hill Resort .... dan yang cantiknya kami boleh berbincang berkenaan perkara yang sensitif pun - itupun setelah lama berkenalan.... we agree to disagree .... bukan dalam suasana bertengakaran dan perbalahan.
Tapi yang paling penting .... saya ulang yang paling penting ...get your family to be involved dalam program kemasyarakatan kerana ia memerlukan keluarga untuk menyantuni keluarga. Masyarakat kita sekarang memerlukan contoh ...dan contoh itu tidak boleh diberitahu tetapi dihayati. Bagi aku ...selain dari rakan-rakan seperjuangan, yang banyak membantu ialah isteri dan 9 orang anak-anakku, Alhamdulillah... dan semuanya dapat dijalankan dengan izin Allah. Moga Allah teruskan hubungan kami ini hingga ke akhir hayat Insya Allah
No comments:
Post a Comment