Thursday, August 13, 2015

Pasukan Tg Adang tidak dapat mengalahkan Pasukan JIM

KISAH 22

Malunya rasa dihati. Dengan perasaan yang berat, saya teruskan juga perjalanan ke Tanjung Adang. Hanya untuk memberitahu, perlawanan bola antara JIM dan Kampung Tg Adang tidak dapat dijalankan kerana kekurangan pemain. Nampak sangat kekecewaan di wajah mereka apabila saya beritahu mereka berkenaan dengan berita tersebut. Saya telah menetapkan satu tarikh lain dan berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk datang. Mereka ini adalah antara pasukan bolasepak yang hebat di kampung tu. Membelasah pihak lawan dengan 7-0 dan 10-0 adalah satu perkara biasa. Kami ni baru nak kumpul pemain .... main tangkap muat.

Sekembali ke Johor Bahru, saya meluahkan rasa hati pada YDP ...ketika itu Dr Musa Nordin. Beliau amat marah dan kecewa, maka dengan kuasa yang ada padanya mengerah ahli JIM agar menjadi "volunteer" untuk bermain menentang satu kumpulan yang hebat. Bagi kami menang atau kalah bukan matlamat utama ... yang penting kita dapat berinteraksi dengan penduduk kampung demi dakwah. YDP juga mengerah sahabat-sahabat untuk memberi sokongan padu pada tim JIM ....

Pada hari yang dijanjikan lebih dari 15 buah kereta telah datang mengiringi pasukan bolasepak JIM. Kebetulan saya menjadi penjaga golnya ... pernah menjadi penjaga gol di Sekolah Menengah KGV satu ketika dulu. Masya Allah suasana amat meriah sekali.

Entah bagaimana semangat yang saya ada ketika itu lain macam rasanya. Bola yang datang bertubi-tubi dapat saya selamatkan dengan penuh yakin. Masih tersemat di dalam hati - menang atau kalah itu bukan matlamat kami. Rasanya lebih dari 10 kali cubaan ... dan setiap cubaan saya dapat patahkan. Akhirnya permainan berakhir dengan seri 0-0. Mereka amat tidak percaya. Kami pun lagi tak percaya dengan keputusan ini. "Kamu ada main bomoh ke?" mereka berseloroh. "Malaikat tolong kot" kami menyampuk.

Di akhirnya, kami beramai-ramai ke surau untuk mengerjakan solat maghrib. Inipun satu suasana yang unik. Tidak pernah agaknya orang seramai itu datang bertandang untuk menyaksikan bolasepak dan kemudian beramai-ramai sembahyang maghrib berjemaah. Ini satu suasana yang agak menghairankan bagi mereka. Selepas itu kami beramai-ramai makan mee hoon sup di beberapa rumah mereka di Tanjung Adang. Ya Allah ... manis sungguh pengalaman kami .... bukan sahaja pemain JIM menunjukkan prestasi yang luar biasa baiknya .... kami dihadiahkan dengan habuan UKHUWWAH dengan penduduk kampung Tanjung Adang. Kini kampung tersebut tidak wujud lagi kerana telah dibina Pelabuhan Kapal yang besar. Gambar di bawah ini adalah gambar hiasan semasa saya di A-Level lagi (1978) ..... peristiwa di atas berlaku sekitar awal tahun 90an



No comments:

Post a Comment