Thursday, August 13, 2015

Dr Zakir Naik di Johor Bahru

KISAH 14
Hari tu cukup mencabar bagi kami di Malaysia, khususnya IKRAM Johor dan juga Jabatan Agama Johor. Kami telah ditugaskan untuk mencari tempat bagi ceramah Dr Zakir Naik. Rupanya tidak semudah yang dijangkakan. Oleh kerana kru Dr Zakir Naik akan datang dengan 12 buah kamera yang canggih dan juga segala punya peralatan bagi penggambaran ceramah, dewan yang besar perlu dicari.
Ada dewan tak kena tarikh. Ada tarikh, tak dapat dewan. Saya turun naik pejabat Mufti bagi menyelaraskan program ini. Saba Islamic Media telah menjadi penaja utama. Masa tu musim hujan.
Akhirnya tempat telah ditetapkan di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Musim itu musim hujan. Khemah besar yang telah dipasang tiba-tiba diminta dibuka balik kerana tidak sesuai dengan suasana penggambaran. Sehari sebelumnya, hujan lebat.
Berkat doa orang-orang yang beriman agaknya, hari program ceramah tu tidak hujan walaupun setitik. Yang menyejukkan hati semua orang ialah selepas ceramah Dr Zakir Naik seorang berbangsa India tiba-tiba tanya satu soalan. Beliau amat suka mendengar ceramah Dr Zakir Naik dan mempunyai beberapa soalan yang agak panas. Dr Zakir Naik menjawab dengan penuh hikmah. Yang membuat ramai orang mengalirkan air mata ialah apabila si penyoal itu tadi akhirnya mengucap dua kalimah syahadah. Allahu Akbar. Rasulullah saw ada bersabda yang membawa erti, jika seorang mendapat hidayah hasil usaha kita adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. Moga kami mendapat saham dari usaha tersebut.
Semua pihak tersenyum lebar tanda kepuasan, walaupun selepas itu saya tidak boleh bangun akibat sakit pinggang yang kronik .... but it is worth it. Moga Allah memberkati segala usaha kita .... Ameen. Untuk makluman, sehari selepas program ceramah, hujan turun dengan lebatnya. Rupanya hujan terhenti pada hari ceramah sahaja Alhamdulillah ...ini semua Kuasa Allah swt




No comments:

Post a Comment