KISAH 1
Aku terperanjat. Tiba-tiba jiran berbangsa cina datang ke rumah meminta bantuan. Ini pertama kali dalam 10 tahun dia minta bantuan. Nampak begitu cemas sekali. Dia tunjukkan surat dari sekolah. Dia tak berapa faham isi kandungannya. Saya baca dan beritahu dia, ini surat amaran meminta anak lelakinya diberhentikan kerana terlibat dalam pelbagai jenayah sekolah termasuk buli, lawan guru dan pelbagai lagi kesalahan. Anaknya nampak baik tetapi mungkin hasil dari pergaulannya dengan rakan-rakan.
Saya pun melangkah masuk rumahnya bertemu dengan anaknya. Saya ambil masalah ini sebagai kesempatan untuk saya mendekati jiran saya dengan lebih intim lagi. Sebelum ini memang sudah baik. Bila saya balik ke kampung berhari raya, saya akan berpesan kepada dia tolong tengok tengokkan rumah. Bila dia balik bercuti, dia akan berpesan pada saya juga untuk tengok tengokkan rumah. Malahan masa bulan ramadhan, jiran berbangsa cina di belakang rumah saya berkata ada pencuri berbangsa melayu cuba masuk rumah saya dari belakang.
Pendekkan cerita saya jumpa dengan anak jiran saya dan meminta dia berjanji akan mengubah kelakuannya jika saya dapat tolong buat rayuan. Dengan muka sedih, dia berjanji. Maka saya mulakanlah langkah bertemu dengan guru sekolahnya.
Di sekolahnya saya terserempak dengan seorang guru yang berkata, "Buat ape tolong cina tu ... baik tolong anak bangsa sendiri" . Aku tersenyum. Dalam hati aku terdetik kata-kata - "aku tolong bukan atas dasar bangsa... tetapi sesiapa yang perlukan pertolongan aku tolong. Cina lain yang buat hal takkan semua cina aku nak marah. Habis tu kalau perompak melayu yang masuk dalam rumah aku, takkan semua melayu aku nak marah .... panduannya jelas dah ada dalam Al-Quran. Islam tidak mengajar kita membenci atau sayang atas dasar bangsa"
Aku teringat seorang India yang sudah memeluk Islam. Dia kata pada saya, "Saya berminat nak peluk Islam setelah melihat guru melayu kelas saya melayan orang melayu, cina dan india secara adil" Aku seorang pensyarah. Kata-kata itu membuatkan aku sentiasa bersemangat membantu orang lain tidak kira agama atau bangsa. Of course ada keutamaan - mengikut masa dan ketika. Di bulan Ramadhan - of course mereka beragama Islam aku akan dahulukan membuat program Bingkisan Ramadhan etc. Dekat nak naik sekolah, orang miskin semua bangsa akan ku tolong dalam program Back To School. Aku bersyukur berada dalam IKRAM kerana peluang ini terbuka luas kepada aku.
Kembali pada kisah anak jiranku tadi, rupanya bukan sikit kerja yang perlu aku lakukan. Aku perlu bertemu dengan guru besar, kemudian kementerian pendidikan. Pendekkan cerita, akhirnya anaknya dapat sambung semula bersekolah. Kini anaknya sudah bekerja. Memanglah dapat "cangkul" dalam SPM kerana memang tak belajar. Tapi sekarang sudah bekerja dan berkereta. Pantang bertemu dengan saya, pasti dia akan tegur dengan senyuman yang cukup menyejukkan.
No comments:
Post a Comment