Saturday, August 15, 2015

Kepelbagaian Dalam Penyampaian

KISAH 31

Suasana hening. Burung berkicau-kicauan. Dalam suasana gelap seakan terang remaja peserta Perkhemahan KRJ di Batu Layar berjalan menuju ke tepi laut. Mereka baru sahaja selesai sembahyang subuh berjemaah. Sambil berdiri menghadap ke laut, kuliah subuh telah disampaikan oleh Dr. Azlan. Suasana ombak, burung berkicauan dan matahari naik telah memberi kesan yang banyak kepada kuliah yang disampaikan.

Kuliah subuh menekankan bagaimana Noor (cahaya) amat diperlukan oleh kita manusia. Orang yang kehilangan Noor dari Allah akan sesat... ayat demi ayat dari Al-Quran telah diutarakan... ayat yang sungguh menyentuh hati kami. Kuliah diakhiri dengan doa dan kemudian... Nasyid telah dialunkan. Semua dijemput untuk mengalunkan nasyid Muhammad Rasulullah.

Selain dari kelainan cara kuliah subuh ini, remaja tidak mengantuk... semua kena berdiri. Remaja telah disedarkan betapa besar kuasa Allah ini. Kita jarang menikmati keindahan ciptaan Allah ini.


"Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi dan pergantian malam dan siang, akan menjadi keterangan bagi orang-orang yang mengerti. Orang-orang yang mengingati Allah, ketika berdiri dan duduk, ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mengatakan) Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari siksa neraka."

[Ali 'Imran: 190-191]


Inti risalah yang kita hendak sampaikan adalah sama - cuma teknik penyampaian perlu dipelbagaikan ikut kesesuaian dan keadaan. Dewasa ini remaja suka hiburan, maka kita perkenalkan hiburan yang bagaimana yang dibolehkan dalam Islam. Masalah kita biasanya, kita menyempitkan Islam kerana kesempitan ilmu yang ada pada kita. Ada juga orang yang terlalu longgar hingga melewati batas yang ditetapkan.




No comments:

Post a Comment