Saturday, August 15, 2015

Orang tak kisahpun dengan kehadiranku

KISAH 30

Saya tiba di Hutan Bandar 20 minit sebelum ceramah dimulakan. Saya lihat ramai remaja sedang menjamu makanan tengahari... sedap nampaknya. Tak nampakpun sesiapa untuk ditemui. Dengan rasa rendah hati saya mengangkat OHP dari belakang kenderaan. Saya terus ke tempat ceramah. Masih tidak ada orang yang menghiraukan saya. Mungkin mereka lupa berkenaan dengan penyambut tetamu. Saya terus memasang OHP dan membuat beberapa "adjustment". Masih lagi tidak ada orang yang datang .... mereka menyangka yang datang itu juruteknik dari Hutan Bandar.

Saya tidak menghiraukan itu semua. Saya datang untuk mencari keredhaan Allah bukan mencari keredhaan manusia. Allah yang memberi ganjaran. Tiba-tiba datang seorang dari pengendali program.

"Maaf, tumpang tanya .... encik ni siapa ...."

"Saya yang akan memberi ceramah ni .... saya Hishamuddin"

"Maafkan saya encik ... kami tak perasan" katanya agak terkejut.

"Tak apalah cikgu ... saya pun tak mahu mengganggu tadi ..."

"En...encik dah makan" tanyanya.

"Tak apalah cikgu .... tapi kalau boleh bawakan air tu bagus juga"

Pendekkan cerita .. ceramah berjalan dengan lancar dan banyak soal jawab telah diterima. Nampaknya yang paling berminat dan banyak tanya ialah cikgu pengendali program itu tadi.

Pengajaran

It's the little thing that makes the big difference
It's the little thing that we do that gained the respect of people
It's the little thing that we possess that change the way we react.

Kadangkala kita tak perasan bahawa dengan kita berlaku rendah diri (secara ikhlas) akan mendatangkan "respect" daripada orang. Tapi perlu kita ingat untuk meraih "respect" itu bukan matlamat kita tetapi keredhaan Allah yang kita harapkan. Kadangkala kita rasa lekeh membuat perkara yang rendah di mata masyarakat ... seperti mengangkat OHP (kes di atas) tetapi perkara itu akan mendatangkan kesan mendalam bagi orang lain .. itupun dengan syarat kita buat perkara tersebut bukan kerana nak menunjuk tetapi dengan penuh kesedaran bahawa Rasulullah saw biasa membuat perkara-perkara yang dipandang remeh .. tolong isteri di rumah .... tolong angkat batu semasa pembinaan masjid .... dan seumpamanya....


Sentiasa periksa niat kita. Apa yang di dalam akan keluar dalam bentuk amalan. Jika kita ada sikap sombong, maka lambat laun amalan kita akan menyerlahkan perasaaan kita itu. Jika kita seorang pemarah, lamabat laun Allah akan menyerlahkan akhlak buruk kita itu... Maka jangan kita berpura-pura. Sentiasa hayati akhlak yang mulia, akhlak yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw.


No comments:

Post a Comment