KISAH 21
Saya bergegas ke Masjid di Bintulu kerana hendak menyampaikan kuliah Maghrib. Selang beberapa langkah saya masuk ke perkarangan masjid itu, tiba-tiba saya rasa bumi ni hilang dari kaki ..... rupa-rupanya saya sedang lalu di atas kolam air yang tidak berpagar. Terus masuk di dalam kolam tersebut dan sempat saya menyelamatkan komputer dan LCD dari tenggelam dalam air. Pakaian saya basah kuyup. Masya Allah ketika itu, saya masih tersenyum dan tidak menunjukkan sebarang reaksi kurang senang... ini semua pertolongan Allah swt.
Saya di bawa ke rumah Bilal untuk menukar pakaian .... saya pakai kain dan baju bilal ketika menyampaikan ceramah maghrib di situ. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semenjak dari itu pihak masjid telah memasang pagar di keliling kolam tersebut. Sebenarnya dah beberapa kali diusulkan untuk memasang pagar, tetapi tidak diendahkan. Ada juga budak-budak yang pernah jatuh di situ tetapi inilah pertama kali dalam sejarah seorang penceramah jatuh dalam kolam.
Bila saya refleksi balik insiden itu, saya dapat beberapa pengajaran:
i. Jangan mudah menunjukkan reaksi negatif pada setiap perkara kurang menyenangkan yang berlaku pada diri kita. Bersangka baik kepada Allah dalam setiap masa - kelak anda akan terdidik untuk bersikap positif dalam setiap keadaan walaupun ia datang secara mendadak. Bayangkan jika saya berkerut muka menunjukkan marah ketika jatuh ke dalam kolam - suasana akan jauh berbeza. Saya tidak akan dapat meneruskan program ceramah dengan baik dan reaksi kariah masjid akan turut berbeza.
ii. Jangan bertangguh dalam hal yang berkaitan dengan keselamatan.... kerana ia boleh mengakibatkan sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku di saat kita tidak menyangkanya.
No comments:
Post a Comment