1.13 juta views .... walaupun nampak kecil dibandingkan dengan video antarabangsa yang lain, tapi cukup besar bagi saya. Inilah antara video yang saya selalu mainkan bila nak mengetengahkan bagaimana cinta dalam Islam itu berlaku. Kalau hendak secara terperinci boleh ke link berikut: Memilih Calun Isteri - panduan dari Rasulullah saw.
Cuba kita kaji sikit lirik nasyid di bawah ini ... cuba tengok rangkap berikut:
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Inilah antara langkah terpenting dalam memilih calun isteri/suami. Setelah kita rasa berkenan pada sesaorang itu, biasanya si jejaka akan buat sedikit kajian secara indirect tanpa pengetahuan si wanita. Kerana kita nak pastikan pasangan kita itu BAIK AGAMANYA ....
Tapi kalau kita nak buat kajian ikut cara terkini - dengan bergayut pada handphone, FB, berkepit ke sana, berkepit ke sini .... of course guru kita bukan lagi Rasulullah saw tetapi Syaitan yang terkutuk. Mana mungkin kita akan dapat pasangan yang baik AGAMAnya jika itu jalan yang kita gunakan. Kalau masing-masing BAIK AGAMANYA mereka tidak akan memilih jalan itu.
"Tapi Dr ... mana kita tahu buruk baiknya jika tak buat begitu"
Persoalannya adakah kita akan tahu buruk baiknya secara 100% jika kita buat sebegitu. Walhal bila kita dok berkepit sana berkepit sini, syaitan akan jadi orang ketiga. Mana mungkin akan ada keberkatan dalam hubungan dua insan tersebut.
Manakala jika kita buat sepertimana apa yang disarankan oleh Rasulullah saw dan akhirnya kita SEMBAHYANG ISTIKHARAH ... dan antara isi doanya mafhum macam dalam lirik nasyid di atas ... kita berserah kepada Allah. Jika dia itu baik untuk kita permudahkanlah. Insya Allah bahtera rumahtangga kita akan terkawal dan terjaga.
Cuba kita kaji maksud doa ISTIKHARAH berikut:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
Maka jika selepas berdoa, Allah permudahkan urusan kita dan kita dapat berkahwin - yakinilah ianya adalah pilihan yang tepat. Berdoa banyak-banyak dan berusaha untuk membahagiakan rumah tangga.
Manakala yang berbuaya friend dan bergila friend (boy friend and girl friend) - selepas berkahwin teringat girlfriend yang satu lagi ... rasanya lagi best dari yang sekarang ini... yang isteri pun terfikir begitu kerana sebelum ini ada lapan buaya friendnya .... maka begitulah terlungkup dan terlingkup rumah tangga yang berasaskan pada CINTA SEBELUM BERKAHWIN yang di momok momokkan oleh TV dan media massa sekarang ini. Kalau takde PAKWE dan MAKWE itu satu kehinaan yang amat sangat. Wahai wanita yang banyak buaya friend... kalau orang nak kahwin, orang tidak akan memilih orang seperti kamu yang mudah sangat dapat buaya friend ... mungkin kerana kecantikan mu. Lelaki JAHAT pun, bila nak kahwin, biasa akan cuba cari WANITA yang baik.
Penutup Kalimat: Dr Harlina pernah berkata dalam ceramahnya, "Kalau kamu nak dapat pasangan yang baik, wahai wanita sekelian, JADILAH WANITA YANG BAIK." Dan Dr Harlina mendapat suami yang cukup hebat, Ustaz Zulkifli ... Masya Allah.
Lirik Permata Yang Dicari - De Hearty
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Lirik Permata Yang Dicari - De Hearty @ Lirikami
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/09/lirik-permata-yang-dicari-de-hearty.html#ixzz3jGoSZgfN
No comments:
Post a Comment