"Makanlah durian tu ... kalau tak makan tak boleh beli"
tegor Pak Ali (bukan nama sebenar) pemilik ladang durian. Memang selalu masa
musim durian - rumah Pak Ali jadi tumpuan. Kali ini dapat "special
price"...
"Oleh kerana kamu nak buat program yang baik ni Pak Cik beri
RM1.00 sekilo." Kami beli dua bakul durian. Durian tersebut telah dibawa
ke rumah salah seorang remaja... bagi program Bina Remaja - program PDK
(Perbincangan Dalam Kumpulan).
Program BINA REMAJA merupakan program berkala KRJ JIM Johor.
Program ini menekankan aspek pembinaan akhlak, mental dan rohani. Satu dari
program tersebut ialah PDK. PDK nampaknya amat disukai oleh remaja... kerana
dalam program seumpama ini, remaja boleh mencurahkan pandangan dan pendapat dan
ianya sentiasa akan dira'ikan. Banyaklah teknik yang digunakan. Satu darinya
ialah mengutarakan sketsa berkenaan remaja yang problematik dan meminta
pandangan remaja untuk menyelesaikannya. Biasanya banyak dari problem itu
memang dilalui oleh ramai remaja...
- Susah nak belajar --- adik ganggu
--- ibu bapa sentiasa "order around"
- Ayah dan ibu sebok bekerja...
susah nak cari masa bersama
- Cikgu di sekolah selalu mendera
- Kawan sentiasa ganggu... susah nak
belajar
- Rumah sempit... nak keluar aje
rasanya
- Suka nak mencuba benda baru
- Rasa kekosongan di jiwa...
Biasanya
melalui perbincangan, jika fasilatator memainkan peranan mereka dengan baik,
akan merumuskan bahawa masalah yang paling
pokok ialah apabila remaja
meninggalkan Islam itu sendiri... meninggalkan amalan yang asas dalam Islam
seperti sembahyang. Ramai remaja yang jahil akan Islam itu sendiri... mereka
belajar Islam di sekolah... tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
"Saya rasa nak keluarlah dari agama Islam ini."
Na'uzubillah... pernah diluahkan oleh seorang remaja. Kisahnya akan dinukilkan kemudian insya Allah.
Mereka perlukan kawan dan suasana yang baik. Suasana yang
diwujudkan oleh KRJ sedikit sebanyak dapat menampungkan kekurangan yang ada,
Alhamdulillah.
Pernah disarankan oleh KRJ kepada para remaja, "Kita jangan
suka salahkan orang lain. Ini ayah saya punya pasal, ini ibu saya punya
sebab... ini media punya sebab... ini... semua orang lain punya salah. Mulakan
dari diri kita sendiri... kita yang mengorak langkah memulakan perubahan."
No comments:
Post a Comment