KISAH 9
"Encik ..... sudah 37 tahun saya duduk sini ... ini pertama kali program macam ni di buat di Ladang ini" Saya tersenyum lebar.
Kali ini kita membawa kumpulan Saff-One ke Ladang Ulu Tiram. Kita bawa mereka bermalam sekali bersama para peserta di rumah terpilih di Ladang Ulu Tiram. Kenangan manis program tersebut masih terpahat di hati sanubari kami. Kami bersyukur kerana salah seorang ahli kumpulan Nasyid tersebut ialah ahli JIM dan kini ahli IKRAM.
Setelah di pasangnya sistem PA bagi persembahan nasyid pada malam terakhir kami di sana, SaffOne buat testing suara. "Saya ingat orang nak buat karaoke... rupanya penyanyi professional yang dijemput" Dia tergamam mendengar kemerduan suara kumpulan tersebut. Di bawah ini adalah salah satu nasyid yang dipersembahkan. Ketika itu, nasyid ini belum keluarpun CD nya di pasaran. Perlu dinyatakan masa tu HD video agak mahal harganya. Kualiti yang ada tu sahajalah yang kami mampu ketika itu.
Kami membuat satu tajuk: "Konsert Saff One" Pada poster itu ada kecil sahaja tulisan "Penyampaian dari Dr Harlina Halizah Siraj" .... kalau saya buat "Ceramah Perdana" dan kemudian tulisan kecil Konsert Saff One... mungkin impek nya tidak begitu besar. Masya Allah hampir 500 orang terpacak mendengar Nasyid dan ceramah solid 1 jam dari Dr Harlina... dan diakhiri dengan Nasyid. Yang seronoknya yang datang mendengar bukan sahaja dari kaum melayu tetapi kaum India. Ini merupakan HIGHLIGHT program Khidmat Masyarakat kami di sini.
Pada siangnya sebelum program, remaja di kerahkan untuk bertemu dengan penduduk kampong bagi mengajak mereka menyaksikan konsert pada malamnya. Banyaklah pengalaman remaja ini bertemu dengan orang yang tidak mereka kenali. Sebelum dilepaskan, kami telah memberi sedikit tips bagaimana hendak berinteraksi dengan penduduk kampong.
Program Treasure Hunt telah diadakan bersama dengan remaja kampong. Biasanya apabila kita memanggil kumpulan nasyid ni, harganya bergantung kepada berapa lagu yang kita minta. Tapi oleh kerana mereka ni kenalan, kami "lanyak" entah berapa lagu kami tak ingat. Masa senaman pagi, kami minta SaffOne pimpin nasyid dan senamrobik. Ramai juga penduduk kampong datang untuk menyertai senamrobik ini.
Program sebegini bukan sahaja bermanafaat untuk penduduk kampong, ia juga amat berkesan untuk melatih para peserta yang kita bawa berinteraksi dengan penduduk kampong, melihat kehidupan kampong dan menginsafi keadaan penduduk kampong yang jauh lebih dhaif dari mereka. Moga program seumpama ini dapat dijalankan di mana-mana tempat yang sesuai. Pada peringkat awal sebenarnya kami nak panggil kumpulan Rabbani .. tapi kerana kekangan kewangan - tak jadi.
No comments:
Post a Comment