Sunday, August 16, 2015

Impian Kasih antara Fantasi dan Realiti

KISAH 36

Ini adalah tajuk yang agak digemari oleh orang-orang muda dan remaja kerana dalam tajuk ini akan dibentangkan cara bercinta dalam Islam dan bagaimana hendak mendirikan rumah tangga. Gabungan nasyid yang agak "jiwang", klip video yang bersesuaian dan gambar yang berkaitan, Alhamdulillah ia dapat menggerakkan dhamir remaja dan beliau untuk bertanyakan soalan-soalan yang panas-panas. Pengalaman saya, selepas program ini, ada banyak soalan bertulis yang akan dikumpulkan, namun tidak akan sempat untuk dihabiskan dalam waktu yang diberi.

Pernah di satu ketika saya diminta untuk menyampaikan ceramah ini di Kompleks Terminal One di Seremban. Orang sibuk membeli belah ... mana nak dengar ceramah. Maka dengan bantuan Saff One, saya buat ceramah berduet dengan Qhalid dan diselang seli dengan Nasyid dan tayangan multimedia. Salah satu nasyid ialah Camar Kelukaan (seperti dalam klip di bawah ini). Alhamduilllah ia berjaya mencuri perhatian orang yang berada di sekeliling. 

Pernah sekali, saya ditugaskan untuk berceramah di satu tempat bersebelahan dengan panggung wayang. Semasa menayangkan klip Spiderman, saya biar lama sikit klip itu rolling. Dan saya perhatikan orang yang sedang beratur untuk membeli tiket berhenti sejenak untuk melihat. Dalam dunia digital ni, masyarakat mudah tertarik dengan bahan digital seperti itu. Mesej kemudiannya diselitkan secara yang berhikmah di celah-celah tayangan video.

Di UiTM (tak ingat di mana) saya pernah menolak lamaran menyampaikan ceramah tajuk tersebut di buat di dalam masjid. Saya mohon ia dibuat di luar bangunan. Masya Allah hampir satu kampus turun untuk menyaksikan ceramah di buat di atas padang. Dengan bantuan sistem PA yang canggih, Alhamdulillah program dapat dijalankan dengan baik dan mendapat sambutan yang positif dari orang ramai.

Moga apa yang diusahakan ini mendapat keredhaan dari Allah swt. Sesungguhnya kita hanya berusaha, Allah yang memberi Hidayah.




No comments:

Post a Comment