KISAH 26
"Sama-samalah kita meniatkan perjalanan kita ini kerana
Allah. Cikgu harap kita berdoalah agar perjalanan kita ini diberkati
Allah" Remaja menganggukkan kepala mereka. Jelas diwajah mereka menunjukkan
kegembiraan yang tidak terkira. Memang ada di kalangan mereka yang tidak pernah
menjejakkan kaki mereka di Bandar bersejarah Melaka.
"Pergi sendiri lain cikgu... pergi dengan rombongan KRJ ini
lain... kami memang seronok ikut program KRJ ini" jelas seorang remaja
yang telah beberapa kali ke Melaka.
Prinsip utama dalam program rombongan seumpama ini adalah tidak
membiarkan masa berlalu begitu sahaja semasa perjalanan. Perjalanan memakan
masa dua jam. Dalam masa dua jam tersebut berbagai aktiviti telah dijalankan...
masya Allah, mereka sungguh gembira.
Antara program yang dijalankan di dalam bas semasa pergi:
- Tayangan Video - The Message
(sebahagiannya sahaja)
- Quiz Ria
- Nasyid
- Berbalas pantun
Semasa di
Melaka remaja diberi peluang untuk membuat soalan bagi diutarakan dalam bas.
Remaja dikumpulkan dalam beberapa kumpulan. Dalam perjalanan balik remaja pula
berpeluang untuk mengajukan soalan kepada remaja lain. Masya Allah sedar-sedar
dah sampai balik.
Program seumpama ini, mudah diuruskan dan mempunyai kesan yang
amat baik. Sesungguhnya kita akan kenal remaja atau sesiapapun dengan lebih
dekat jika kita bersama-sama dalam program seumpama ini. Kita akan kenal
sifat-sifat baik dan buruk sesaorang itu, kita akan dapat berbincang dari hati
ke hati mengenai masalah-masalah peribadi... pendekatan hubungan yang intim
dapat dijalinkan di antara remaja dan juga antara remaja dan pihak penganjur.
Yang amat penting ialah segala-gala yang dijalankan itu hendaklah selari dengan
lunas-lunas Islam dan tidak meninggalkan apa-apa yang diwajibkan Allah. Program
seperti solat berjemaah tidak seharusnya ditinggalkan. Pergaulan bebas
hendaklah dikawal. Dan sentiasalah mengharapkan keberkatan dari Allah.
No comments:
Post a Comment