KISAH
23
"Mohon
tuliskan nama kamu semua" .... pada peringkat awal mereka enggan. Akhirnya
seorang pelajar senior memecah kesunyian, "Berikan nama kamu semua ...
jangan khuatir" Saya merenung wajah pelajar senior tu. Dia nampak
marah.
"Kamu
tahu tak .... asap rokok pada orang yang tidak merokok ni bahaya" saya
memulakan hujjah.
"Takde
pun .... tak bahaya lah" pelajar senior tu menjawab.
"Kesian
.... kesian" saya menempelak dengan perlahan.
Tiba-tiba
pelajar senior tu bertanya, "Mengapa kesian encik"
"Di
Madrasah Wadihana tu ... budgetnya kecil, tetapi mengeluarkan ramai ulamak. Di
UTM, budgetnya tinggi .... tapi mengeluarkan orang yang seperti kamu.."
saya cuba menyentuh emosi mereka tanpa marah.
Dia
terdiam ... tersentak ..
Pendekkan
cerita, beberapa minggu kemudiannya selepas saya bersolat di surau, saya
didekati oleh seorang pelajar .... rupanya pelajar senior yang saya jumpa
tempoh waktu.
"Encik
.. saya minta maaf tempoh hari encik .... saya tidak bermaksud untuk menghina
encik hari tu"
Dengan
senyuman saya bersalaman dengan beliau.
Masa
berlalu .... beberapa tahun kemudiannya .... ketika itu saya sudah tidak lagi
menjadi warden. Sewaktu saya keluar dari Masjid Taman Pulai Utama, seorang
insan berjanggut dan berjubah datang bertemu dengan saya. Anaknya ada di
sebelahnya.
"Encik
kenal saya ?" Dia bertanya.
"Tidak"
.... saya menjawab.
"Saya
pelajar yang encik tegur semasa merokok beberapa tahun yang lepas."
Kami
berpelukan dan bermaafan. Dia sudah jauh berubah. Kini menjalani hidup sebagai
seorang insan yang patuh pada perintah Allah. Saya insaf, manusia itu mampu
berubah. Ada yang mengambil masa yang agak panjang untuk berubah. Tugas kita
untuk menyampaikan bukan menghukum. Ada kalanya kita ni mudah sangat
menggunakan perkataan yang kesat pada mereka yang tidak menerima dakwah kita.
Kita hendaklah menghayati kelembutan hati seperti Rasulullah saw yang mendoakan
agar Hidayah itu diterima antara dua Umar ... akhirnya Umar Al Khattab memeluk
Islam. Selepas peristiwa Taif, di mana Rasulullah saw diherdik dan di cedera,
malaikat diutuskan untuk menghapuskan penduduk Taif, jika Rasulullah menghendakinya.
Jawab Rasulullah saw: "Wahai Jibril, jangan lakukannya. Biarlah aku bersabar terhadap kaumku. Semoga Allah akan melahirkan dari zuriat mereka orang-orang yang beriman kepada Allah." Rasulullah saw mendoakan kaum Taif, "Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui." Lalu Jibril berkata, "Telah benarlah mereka yang menamakan kamu sebagai berhati lembut dan penuh kasih sayang."
Sikap inilah yang kita hendak lahirkan di kalangan para pendakwah. Pendakwah yang berhati lembut dan penuh kasih sayang.... bukan pendakwah yang suka menghukum dan mengherdik manusia lain ... manusia yang tidak menerima risalahnya.

No comments:
Post a Comment