Thursday, August 13, 2015

Pengurus Kilang Memeluk Islam

KISAH 16
Seorang pengurus satu kilang berbangsa cina dan beragama Budis telah memanggil saya ke kilangnya. Saya pun mendapat maklumat dari pekerja kilangnya. Pengurus tersebut agak hairan, mengapa di kilangnya ada dua jenis pekerja wanita. Satu jenis yang mukanya agak "gelap" dari sudut perwatakan dan "outlook" dan satu jenis yang ceria dan "bercahaya" wajahnya. Setelah diceritakan, kemungkinan besar yang ceria dan bercahaya tu yang jenis sembahyang tak tinggal dan amalkan Islam dalam kehidupan mereka. Maka dia berminat nak tahu tentang Islam.
Saya pun tiba ke kilang beliau beserta beberapa bahan dakwah seperti CD dan buku. Saya serahkan bahan pada beliau tanpa banyak cerita. Lama juga masa berlalu, tiba-tiba pengurus tersebut hendak membuat temujanji dengan saya di pejabat JIM kerana nak tahu sesuatu berkenaan dengan Islam.
Dalam hati terdetik ucapan, "Alhamdulillah". Saya tak sangka apa yang akan berlaku. Masya Allah, bertubi-tubi soalan yang diajukan. Berpeluh juga saya nak jawabnya. Dia kata mengapa orang Islam suka berperang. Orang Budis ajar yang baik baik aje. Penat juga saya menjelaskan apa yang saya tahu. Dalam hati terdetik, "Habislah aku ... takpelah aku usaha aje .... Allah yang memberi hidayah."
Kami pun berpisah dan lama juga masa berlalu. Agaknya beberapa bulan juga masa berlalu .... sehingga satu hari saya menelefon rakan saya tu. Apa khabar pengurus tu. Rupanya dia sedang hendak memilih nama Islamnya .... sudah memeluk Islam rupanya. Moga adalah juga sikit sikit saham - kalau tak banyak pun dapat % bonus pun jadilah.
Beberapa tahun kemudian saya telefon lagi rakan saya tadi bertanyakan mengenai pengurus tu. Dia kata, sekarang ni dia sibuk membantu memajukan business orang-orang Islam.
Benarlah apa yang dikatakan oleh seorang Cina yang telah memeluk Islam..."You all jangan risau sangat orang cina kaya atau banyak harta. You dakwah mereka. Bila mereka memeluk Islam Insya ALlah mereka akan bantu you all" Kalau semangat melayu kita terlalu menebal, lain pula approachnya ... "Cina ni you jangan beri muka ... cina ni penipu ... tengok harta negara mereka semua kaut" Ini perasaan orang yang tidak ada keinginan langsung untuk berdakwah pada mereka. Mereka anggap semua cina itu adalah orang kafir yang pasti ke neraka. Walhal mereka adalah sebenarnya "potential mad'u" kita .... silap silap mereka akan dakwa kita di akhirat kelak kerana tidak mengajak mereka pada Islam.
Moga Allah menanamkan semangat Islam yang sejati di dalam diri kita semua dan melihat orang yang belum Islam itu sebagai "Potential Mad'u"

No comments:

Post a Comment