Saturday, August 15, 2015

Tempat SPEAKER'S CORNER dibatalkan pada saat terakhir

KISAH 29

Polis: Masuk

KRJ: Assalamualaikum

Polis: Waalaikumussalam sila duduk.

KRJ: Saya dapat tahu program di tepi laut tu dibatal... kami dah hebahkan dalam radio dan akhbar berkenaan dengan program itu... dan dijangka mungkin ramai akan datang. Saya berbuat demikian apabila pihak tuan telah beri GREEN LIGHT pada tempoh hari.

Polis: Saya minta maaf Encik, sebenarnya memang tidak menjadi apa-apa halangan, cuma pada saat-saat terakhir ada beberapa perkara yang timbul ....

Pendekkan cerita, program Bina Remaja berbentuk SPEAKER'S CORNER di Pantai Lido terpaksa di batalkan.. atas sebab-sebab keselamatan. Pihak Polis tersebut telah memberi sebab yang munasabah. Pilihanraya dah dekat dan program-program seumpama itu, walaupun baik mungkin akan disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu. Lagipun tempat lapang sedemikian rupa amat merbahaya untuk dibuat program seumpama itu.

Kami panik. Hari itu hari Sabtu. Program akan diadakan pada keesokan hari. Pengumuman telah dibuat. Dalam hati, saya berkata, "Mungkin ada hikmah perkara ini berlaku." Dalam keadaan sedemikian, kami lantas ke Pejabat Agama. Jam menunjukkan hampir jam 12.20 petang. Jam 12.45 petang, semua pejabat akan tutup. Masya Allah sempat berjumpa dengan salah seorang pegawai di Kompleks Islam. Dengan takdir Allah, beliau lantas memanggil dua tiga orang pegawai dan membuat "Last Minute Preparation".

"Tuan, tak menyusahkan tuan ke ni" kami bertanya dengan rasa serba salah.

"Kalau tak susah bukan Jihad namanya"

Masya Allah begitu sekali konsep yang dipegangnya. Akhirnya kami mendapat tempat yang lebih baik dari sebelumnya. Kompleks Islam dapat digunakan secara percuma. Remaja telah disediakan dengan "Shuttle Service" dari Pantai Lido ke Kompleks Islam. Program berjalan lancar.

Dalam program tersebut, remaja diberi tajuk untuk dibincangkan dan kemudian mengutarakannya secara kumpulan. Seorang akan menyampaikan. Pada sessi soal jawab, rakan-rakan mereka akan menjawab. Program seumpama ini digemari oleh remaja kerana mereka boleh meluahkan perasaan hati mereka.

Begitulah asam garam ingin menghidupkan program. Memang perkara seumpama ini sering berlaku. Kita merancang tetapi Allah juga merancang. Dan perancangan Allah akan tetap berlaku. Semoga kita digolongkan dalam mereka yang banyak bersabar menghadapi dugaan yang mendatang. Melalui program tersebut kami telah berkenalan dengan Jabatan Agama Islam Johor.. ini semua kuasa Allah.

1 comment:

  1. Casino Player Complaints - JTGHub
    A customer has complained 평택 출장안마 that the casino is 김제 출장안마 too big. There is a huge deposit bonus waiting for you 구리 출장안마 and it's very hard to tell 동해 출장샵 whether it is right 나주 출장마사지

    ReplyDelete